Saturday, April 14, 2012

Bestfriend to sweetheart??



Assalamualaikum semua. Semoga semuanya sihat-sihat dan baik-baik belaka. Hari Sabtu yang tenang ni sebab tak keje dan tak ada kuliah kan?

Tapi ingat.. Bangon tetap bangun untuk solat subuh dan solat dhuha. Semoga rezeki kita dimurahkan olehNya. Kadang-kadang kita tak perasan atau terlepas pandang tentang perkara ini. Rezeki yang Allah kurniakan kepada kita cukup banyak. Hinggakan kalau hendak dipanjatkan syukur itu, setiap masa kita harus bersyukur.

Dan bila mana aku terlihat teman-teman yang kesempitan wang kerana PTPTN mereka tak masuk lagi, aku tumpang sedih. Yelah, tak ada duit nak makan kan. Tapi sedar atau tak, itu semua rencana Allah Taala. Yang baik pastinya datang dari Allah Taala. Mungkin ada hikmah yang kita sendiri tak nampak.

Hahaha.. Mungkin akan ada yang berkata begini pada aku, "Kau boleh lah. Mak bapak tanggung. Kitorang ney memang harap duit PTPTN masok. Keje pon tak ada gaji/ gaji tak masuk lagi" Ya, memang sepanjang aku belajar ney parents aku yang tanggung. Tapi korang jugak kene faham dan mengerti sebab aku bukanlah anak orang kaya yang asyik disua dengan kemewahan. Ada batasnya dalam pemberian ibu bapa aku. Lagi-lagi pulak semua adik beradik aku sedang bersekolah kan. Diorang jugak perlu duit. Kadang-kadang dah beberapa hari aku tak makan, baru aku berani mintak ayah. Sorry ayah, kak long memang kuat makan. Segan sangat rasanya nak selalu mintak ayah.

Aku bukanlah pandai. Masa nak mintak PTPTN dulu, ayah bantah keras. Ayah cakap, ayah boleh lagi sara. Sebenarnya, ayah tak nak aku tanggung hutang di kemudian hari. Kata ayah daripada aku buang duit potong duit bulan-bulan sebab nak bayar duit PTPTN, lebih baik aku beli kereta atau rumah. Jadi, ayah dan ummi membanting tulang untuk cukupkan keperluan anak-anak. Aku tak dapat bayangkan kalau aku tak ada diorang kat dunia ni..

Aku faham, mungkin keluarga lain tak berkemampuan juga. Dats y diorang mintak PTPTN. Dan PTPTN pulak buat hal masa orang tengah kesempitan. Mungkin juga aku tak tahu masalah dalaman yang mungkin PTPTN alami. Apa-apa pun kawan-kawan sekalian, mintalah pada Allah. Dialah Yang Maha Kaya, Yang Maha Pemurah. InsyaAllah, jika amalkan solat Dhuha ini dan sentiasa merintih dipermudahkan oleh Allah segala urusan kita akan sentiasa bersyukur.

Aku hanya kongsikan apa yang aku buat time aku sedih time tak ada duit. Korang boley try.

Berbalik kepada tajuk di atas (**banyak pulak cerita sampai bersimpang siur jalan cerita).

Apa pendapat korang daripada bestfriend kepada kekasih. Adlie pernah ada quote yang perempuan dan lelaki tak boleh jadik bestfriend (aku tak ingat quote tu) Tapi betul ke??

Pada aku senang je. Jodoh dan pertemuan kan di tangan Tuhan. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan buat apa yang terbaik. Sekiranya korang terjatuh hati pada bestfriend, luahkanlah. Tak salah pon. Takut nanti perhubungan jadi awkward lepas tue? Itu normal. Yang penting korang dah luahkan. Takut nak luahkan, suka hati la. Bestfriend korang tu dah jadik milik orang lain, jangan gigit jari pula ye. Ini more kepada lelaki la. Takkan perempuan nak confest kowt. Malu perempuan kann lebih tinggi. Lagipon pada aku lelaki yang tak takot kene reject adalah lebih macho berbanding lelaki yang selalu assume bukan-bukan sebelum mencuba. PENGECUT orang panggil.

Jadi terpulang. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Itulah manusia. Roda kehidupan sentiasa berputar. Hari ini nasib kita tak baik, tak selamanya nasib tak baik lekat dengan kita. Yang penting usaha kita dalam mentamadunkan diri.

Sebelum beta (sejak bila jadi anak raja ney??) mengundurkan diri, enjoice the VC... Selamat bercuti kawan-kawan.




0 kumen: