Tuesday, May 15, 2012

BIASA VS LUAR BIASA



1. Sembahyang

Yang biasa: Ramai dari kita yang sembahyang apabila telah masuk waktu. Yang kerap berlaku juga, sembahyang kita di akhir waktu. Mungkin pepatah orang putih "Better late than never" menjadi pegangan kita. Inilah golongan yang hanya tahu dirinya hamba tapi tak rasa hamba.

Luar biasa: Orang yang selalu menunggu-nunggu waktu untuk sembahyang. Seperti seorang yang sangat merindukan pertemuan dengan kekasihnya. 15 minit sebelum azan, dia dah duduk di tikar sembahyang.
Kalau begitu, sahihlah dia orang luar biasa.



2. Sedekah

Yang biasa: Kalau kita sedekah, kita mahu seluruh dunia tahu. Kalau tak panggil press, sekurang-kurangnya kita bercerita pada orang. Kita mahu orang tahu kita pemurah. Agaknya kita memang tak nak pahala sebab hanya sedekah yang ikhlas akan dibalas oleh Tuhan.

Luar biasa: Apabila bersedekah, kita lebih suka melakukan secara sembunyi. Ibarat kata, tangan kanan sedekah, tangan kiri pun tak tahu. Yang penting bagi kita ialah membantu meringankan kesusahan orang. Itu pun kita bimbang juga kalau-kalau dalam hati ada rasa riyak atau taksub dengan diri sendiri. Sedangkan kita berharap dengan banyak bersedekah akan turun rahmat serta keampunan Tuhan.



3. Berjaga malam

Yang biasa: Kita biasa berjaga malam. Sama ada untuk tengok bola sepak piala dunia, atau melayan VCD terbaru. Yang lebih teruk, kalau malam dihidupkan dengan berhibur di pusat-pusat hiburan.

Luar biasa: Malam kita dihidupkan dengan pelbagai ibadah dan amalan. Ketika orang lain lena dibuai mimpi, kita meninggalkan tilam empuk untuk bertahajud dan muhasabahkan diri. Bagi kita, kesepian malam adalah saat paling sesuai untuk kita merayu kasih sayang Tuhan, Pencipta kita. Memohon keampunan, rahmat dan nikmat dariNya. Ini malam para nabi dan para wali. Kalau kita konsisten beribadah malam, memang kita ikut tradisi orang-orang yang luar biasa.



4. Kerja

Yang biasa: Kita cukup berbangga bila berjaya di dalam sebarang kerja. Sama ada dalam kerjaya, pelajaran mahupun bila dapat buat banyak amal ibadah. Kita rasa, kalau tak kerana otak kita yang genius, atau kerja kuat kita, tentu kita gagal. Sebab itu kita mudah pandang rendah pada orang yang kurang upaya atau kurang berjaya. Walaupun kita ucapkan alhamdulillah, tapi di hati kecil kita tak rasa apa yang berlaku, Tuhan punya kuasa.

Luar biasa: Bila kita dapat rasakan segala yang kita miliki adalah dari Tuhan. Kita sangat yakin bahawa kekayaan, pangkat dan kelulusan tidak akan kita nikmati kalau tidak dengan izin Tuhan. Makin banyak nikmat yang kita dapat, makin tinggi rasa kehambaan. Bimbang dan cemas kalau-kalau kita tidak mampu berterima kasih kepada Tuhan sehingga tersilap menggunakan nikmat dariNya. Makin banyak ibadah pula, makin takut dengan Tuhan . Luar biasalah jika manusia dapat merasakan dirinya hanya hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa.

Renungan:
Semoga diriku dan semua pembaca mengambil iktibar dan berusaha menjadi orang yang "Luar Biasa" kepada Allah SWT... Semoga Allah SWT akan sentiasa merahmati kita dalam setiap perubahan kita keranaNya... InsyaAllah... Aminnn.... =)

Sunday, April 22, 2012

My Wish


Assalamualaikum..

Hai.. hai.. dah hai semua.

Semua orang mesti ada wish kan yang memang nak sangat dipenuhi. Haha.. Dan aku jugak tak terkecuali. Diantara banyak-banyak wish aku yang paling nak sekali ialah:

Aku harap aku dapat jumpa semua kawan-kawan aku sejak sekolah rendah sampai la di universiti ini sebelum aku menutup mata dan dapat xoxo (oopss perempuan jew) dengan diorang semua.

Untuk pengetahuan korang, aku dari sekolah rendah sampai menengah memang dok kat gurl skool. So, memang ramai kawan perempuan daripada lelaki yang boleh dikira ciputnyer.. Dan sebab itu ayah aku pelik sikit kalau aku ada kawan perempuan since xpenah ada kawan lelaki datang rumah aku.

Hehe.. Tujuan aku nak jumpe diorang semua ney tak lain tak bukan sebab aku rasa rinduuuu sangat ngan diorang dan aku nak mintak maaf banyak-banyak andai aku berdosa (sama ada aku sedar aku tak). Maaf aku punya memory sangat lemah, jadi aku tak ingat kalau aku ada buat dosa ngan korang semua. Seriously nak mintak maaf..

Itu sahaja buat hari ini.. Owh, dan ini lagu buat hari Ahad ini ya..


Thursday, April 19, 2012

Let the heart burst!!


Assalamualaikum dear friend.
 Today, I'm just want to share 1 puisi (i guess) yang aku rasa sangat kene dengan aku. Dah lupa amik kat mana puisi ney tapi I'm just love it..

perempuan pakai buang

waktu ini
aku mahu tunduk serendah-rendahnya
umpama dipijak hina rebah menyentuh bumi.
menguis ranap lama mencarik-carik hati.

sekali lagi aku ditetak mati sendiri.
sekali lagi aku dicerca emosi memerli.
sekali lagi aku diheret ke arah sepi.

dia dipinjamkan untuk aku sementara cuma.
cukup untuk senyum sebeberapa purnama.
cukup juga untuk membenci sampai bila-bila.

sadis ini tak perlu didiskribsi dalam
hanya dengan redup mata memandang sayu
sudah mampu mengganti adu.

seumpama perempuan pakai buang.

disayang mula, dibiar lupa akhirnya.
cerita itu diulang-ulang.
bagai tiada berpenghujung
sentiasa tersadung.

Wednesday, April 18, 2012

A lot of happy story


Assalamualaikum..

Hai kawan-kawan.. Apa khabar korang semua? Sihat? Hopefully semuanya baik-baik belaka ya. Dah 2 hari aku tak menconteng kat blog ney. Rasa lama pulak tak membebel. Okay, since tadi my boss says that he will be back tomorrow so kita enjoy-enjoy dulu ye hari ini.

Terlalu banyak happy moment sebenarnya hari ini yang aku nak share. One of them is DJ dah balik from New Zealand!!!! Hoyeahhh!! Sila sertai saya berjoget-joget happy keriangan ya. Yup!! Kegembiraan perlu dikongsi. Kesedihan perlu diluahkan pada yang sudi. Hehe.

Well, hari ini memang mood happy gila sebab dalam pukul 5 pagi tadi DJ dah sampai dan aku nak sambung tido ekceli lepas say hye to DJ. Tapi yelah kan, dah excited jumpe tak ada maknanya la nak tido. Of course she have give me souvenier from NZ. Comeyll gilerr. Tak da la giler mana pon, yang gilernyer aku. Nanti aku tunjuk ye kalau aku rajin nak upload. Hehe.

I always believe that after a huricane comes a rainbow. Well dah macam lagu firework dari Katy Perry pulak kan. Belasah la. Because I know that, we are what we believe. So, think positive and you'll get the positive.

Semakin kita dewasa, semakin kita lebih kenal diri kita. Tanpa atau tidak kita sedari sebenarnya kita berubah setiap masa dan ketika. I do hope that we'll never be someone else since we met. But, fitrah manusia memang macam tu. Sejauh mana pon kita cuba, kita tak akan dapat balik masa lalu. Tapi yang penting usaha kita untuk menjadi lebih baik itu ada.

Dulu memang aku selalu tertanya-tanya kenapa orang asyik tinggalkan aku? Kenapa? Dan kenapa? Soalan tu tak pernah berhenti. And now I realise that semua yang terjadi because of me. Aku taknak salahkan orang lain sebab aku hanya nampak kesalahan aku. Dan aku sentiasa untuk berubah menjadi lebih baik untuk diri aku dan family.

Kalau nak ikutkan, banyak jew perangai aku yang orang tak suka. Tapi aku cuma manusia biasa kan. Standard la tu buat kesalahan. Kalau tak macam mana kita nak belajar about life right? Tapi aku tak boleh la nak consider setiap pandangan orang terhadap aku. Itu dah macam aku nak hidup untuk orang. So, I just take a few from my family and my very best friend. I think they know me better.

Okay, setakat ini dahulu.. Kejap lagi kalau ada idea aku nak menconteng lagi aku buat post lain.. Hehe..
Hari Rabu hari berkomunikasi. Selamat berkomunikasi kawan-kawan. Just love what ever comes to you.

Sunday, April 15, 2012

Perpisahan

Tiba saatnya
Tika sampai waktunya
Kita akan berpisah
Setelah pertemuan demi pertemuan
Yang mengeratkan hubungan silaturrahim
Tiada apa yang perlu dikesalkan
Jika hubungan ini
Hanya menyerabutkan fikiran
Menyesakkan dada