Sunday, April 22, 2012

My Wish


Assalamualaikum..

Hai.. hai.. dah hai semua.

Semua orang mesti ada wish kan yang memang nak sangat dipenuhi. Haha.. Dan aku jugak tak terkecuali. Diantara banyak-banyak wish aku yang paling nak sekali ialah:

Aku harap aku dapat jumpa semua kawan-kawan aku sejak sekolah rendah sampai la di universiti ini sebelum aku menutup mata dan dapat xoxo (oopss perempuan jew) dengan diorang semua.

Untuk pengetahuan korang, aku dari sekolah rendah sampai menengah memang dok kat gurl skool. So, memang ramai kawan perempuan daripada lelaki yang boleh dikira ciputnyer.. Dan sebab itu ayah aku pelik sikit kalau aku ada kawan perempuan since xpenah ada kawan lelaki datang rumah aku.

Hehe.. Tujuan aku nak jumpe diorang semua ney tak lain tak bukan sebab aku rasa rinduuuu sangat ngan diorang dan aku nak mintak maaf banyak-banyak andai aku berdosa (sama ada aku sedar aku tak). Maaf aku punya memory sangat lemah, jadi aku tak ingat kalau aku ada buat dosa ngan korang semua. Seriously nak mintak maaf..

Itu sahaja buat hari ini.. Owh, dan ini lagu buat hari Ahad ini ya..


0 kumen: