Thursday, April 12, 2012

Sembunyilah macam mana pon, kalau Tuhan nak tunjuk..


Assalamualaikum to my beautiful and handsome friend. I wish today will make you happier than ever.

Nak cerita siket ney la kan apa yang terjadi pagi ni yang aku yakin boleh membuat aku tak ada mood sepanjang hari. Kalau Tuhan nak tunjuk.

Pagi tadi aku bangun lambat, so bila dah bangun aku malas la nak tido balik sebab aku tawu kalau aku tido balik mesti lambat pergi keje nanti. So, aku kemas la sikit-sikit bilik aku yang berpenghunikan aku sorang sahaja since DJ di New Zealand sekarang ni.. Apa khabar la agaknya roomate aku tue yek..

Balik kepada cerita, dalam terkocoh-kocoh nak siap semua Husna hantar mesej pergi kerja dalam kol 9.30 pagi since dia pon baru je sampai dari kampung. Yelah, semalam cuti kan. So, untuk memenuhi masa setengah jam yang terluang tu aku terasa macam nak online tapi malas nak bukak laptop sendiri sebab nanti nak kemas balik. So, bukak la laptop yang DJ tinggalkan (aku baru perasan sebenarnya DJ xbawak laptop 2 hari yang lepas). Then, teringat pulak mesej DJ yang nak mintak tolong Mus jagakan moto dia. Aku bukak la pm fb DJ.. Nampaknya, Mus tak balas pon pm DJ tuh.

Dan nak mintak maaf kat DJ sebab aku terbaca mesej yang laen yang mention nama aku. Perkara tue la yang buat aku sedih sangat. Aku faham niat DJ. Aku tahu DJ baik. Tapi.. Entahlah, lepas baca mesej-mesej tue buat aku rasa nak meraung.

Its really a sensitive issue when we talk about friend. Aku bila dah berkawan, aku sangat harap perhubungan tue kekal sampai ke akhir hayat. Kawan dunia dan akhirat. Biarpun tak selalu berjumpa, walaupun tak selalu bercakap, tapi at least hati dan fikiran kita sentiasa teringat tentang memory-memory yang telah kita cipta kan? Honestly, memang kita akan kecewa bila kita tahu kawan kita nak berkawan dengan kita bersebab. Tapi bila difikir balik, ada hikmahnya semua ini. Hidup, mati, jodoh dan pertemuan kan di tangan Tuhan. Tak kisahlah korang nak berkawan dengan aku sebab apa. Atau nak putuskan hubungan kawan kita atas sebab apa, tapi yang penting aku sayang sangat kawan-kawan aku. Even Ummi pernah marahkan aku sebab kawan. Kadang-kadang aku melebihkan kawan dari family sendiri. Sebabnya? Aku rasa kawan lebih rapat dengan aku, lebih memahami aku.

And now I realise, not all friend can understand our feeling. Only a few. Sorry la emo pepagi ni. Sebab dah ramai kawan tinggalkan aku kan. Jadi aku akan lebih berhati-hati lepas ni untuk berkawan. Cukuplah sekadar saya tahu nama awak, awak tahu nama saya. Tak mahu lebih sebab nanti saya juga yang kecewa. Terima kasih kawan-kawan yang tinggalkan aku. I know the reason you left me behind. I know. I'm just feel dissapointed because you left me without saying goodbye. Semoga kehidupan anda semua lebih bahagia dan tenteram lepas ni. Maaf kerana selalu menyusahkan. Maaf.. Maaf..



**Ada hikmah Allah turunkan ujian. Moga kita terus tabah dan sentiasa mengingatiNya.
**Last but not least, lagu untuk hari ini..







4 kumen:

Anonymous said...

x pahammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
explain pleaseeeeeeee :)

Nurul Anati said...

nana: i'll explain to you letter k dear..

Anonymous said...

araso! :p

Nurul Anati said...

hahahahaha.. typo!!!
**later i mean..